Thursday, August 19, 2010

Staying sane : 99 ways to stop yourself being mad when you become a mother

Tajuk di atas adalah tajuk sebuah buku yg aku nk beli dan baca.

Teringin nk baca buku tuutk tahu mcm mana cara-cara untuk menjadi seorang ibu yg berjaya. Tambah-tambah lagi ibu yg bekerja mcm aku ni. Menjadi seorang ibu,isteri dan pekerja yang berkerja 8 jam sehari,5 hari seminggu. Selama 7 bulan lbh ni aku masih lagi belajar untuk menyesuaikan diri melaksanakan ketiga-tiga tanggungjawab tu. Semua tanggungjawab ni mesti dijalankan serentak tanpa ada yg tercicir. Kalu salah satu tercicir kelam kabut ckit la jadinya.

Contohnya sekarang ni aku rasa tugas aku sbg seorang isteri mcm ada masalah sikit..huhu, bunyinya macam masalah besar je kan. Bukan apa, bab-bab kemas umah ni mmg aku tak sempat. Kalu Isnin hingga Jumaat setiap minggu rumah dah mcm tongkang pecah. Seolah-olah sebijik tongkang yg bawa baju telah pecah dalam rumahku..hahah.. perumpamaan yang baik kan. Aku ni mmg tak sempat nk lipat baju-baju yg ada.. tp aku rasa bersyukur sgt sbb ada suami yg baik yg tolong basuh dan sidaikan baju setiap hari. Part aku lipat dan simpan baju-baju tu jer.. tp tak sempat nak buat. Biasanya tunggu Jumaat malam atau pun weekend baru la sempat nk buat suma tu. Dah banyak kali try untuk setiap mlm lipat baju-baju tu…tp……….. masih tak berjaya.. L . Aku sekarang cepat letih, kdg tu kul 9 lbh dh tido dah.. sekali susu kan Salahuddin ummi dia pun tido sekali. Esok pg2 sesudah subuh dah kuar dari rumah..aku masuk keja kul 7.30, nnti balik kul4.30..tp sampai rumah kul 6 lbh…

Tapi aku beruntung sgt dpt suami yg baik.. yg memahami dan bnyak membantu aku dlm kerja-kerja rumah. Terima kasih abang.. saaaaaaaaaaaaaaayang abg sgt3..

Ya Allah.. Engkau permudahkanlah segala urusanku dan suamiku.. berkati lah kami dlm setiap pekerjaan kami, jauhkan lah kami dr kejahatan dan kemaksiatan.. Engkau kurniakan lah kesihatan yg baik serta akal yg cerdas utk anak kami, jadikanlah ia anak yg soleh.. amin….

No comments:

Post a Comment